Wednesday, March 14, 2007

Tentang Aku untuk kau

TENTANG AKU untuk kau


Dia membawaku berjalan bersama ke taman kasih
Sahabatnya memberitahu impian hidup sangat indah

Disaat …
Dia mencoretkan ‘kau’ bukan lagi ‘sayang’..
Tapi ‘kau’ dan 'namaku'
bilamana Mei 1999
Tiada lagi tatapan seorang insan yang teramat istimewa
Memecahkan janji untuk membenci

Buat dirimu

Dia bersama melukiskan tapak impian
Sahabatnya sangat asyik bermain di taman

Apakah mereka tahu tentang aku…
Apa yang mereka tahu

Tentang aku…

Tiada lagi aku melukiskan tentang sedihnya
Perpisahan
Tiada lagi…catatan dalam diari harian tentang lukanya
Perasaan
Tapi sebuah kisah tentang perjalanan
Tentang aku untuk kau
Yang akan kau ketemu indahnya hidupku
Dalam pelarian….
Suatu waktu itu...




........................ VOL III

note : Vol I & Vol II ada pada kau....

1 comment:

Anonymous said...

Jika masih ada waktu itu
untuk dia berjalan
dan belajar terbang
kan kubuat sepasang sayap
yang memantulkan pelangi
dari cahaya-cahaya kehidupan
hingga dia tahu
bahawa dia tak sendiri dalam sunyi...